INFO DOKTOR MUDA



Simbol bulan sabit yang melindungi figura dan mata pena membawa maksud pentingnya pendedahan aspek kesihatan kepada kumpulan sasar.
Dua figura berwarna biru dan merah merujuk kepada kumpulan sasar program iaitu murid-murid sekolah rendah yang ceria, cerdas, sihat, berketrampilan, cemerlang akademik dan berinovatif. Mereka adalah agen perubahan ke arah amalan cara hidup sihat.
Mata pena emas pula merujuk kepada pentingnya ilmu pengetahuan kepada kumpulan sasar. Setiap murid perlu berilmu untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan dan sebagai pewaris negara yang sihat, cemerlang, gemilang, dan terbilang.




OBJEKTIF
1.       Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
·         Mengamalkan cara hidup sihat
·         Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
·         Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
 2.      Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
 3.      Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
 4.     Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah. 



FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
·         Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Murid belajar menghargai kesihatan.
  • Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. 
  • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
  • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  • Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Sekolah bersih
  • Sekolah bebas Aedes
  • Imej sekolah meningkat



LAGU DOKTOR MUDA

Kamilah Doktor Muda
Memberi khidmat menaburjasa
Bantu rakan semua
Jaga kesihatan hidup bermakna
Mari rakan semua
Berkongsi ilmu menjana minda
Otak cergas kesihatan terjaga
Sejahtera hidup selamanya
Chorus :
Usah buang masa lagi
Bersamalah kita berpadu usaha
Kesihatan diri fokus utama
Hubungan mesra hidup ceria
Harga diri terpelihara
Maju bangsa maju Negara
Jangan leka, berubah segera
Cergas kearah jaya
Ulang Chorus
Diri cemerlang hidup sempurna

1 comment:

  1. Terima Kasih, நன்றி,Thank You,Shukram,Alikatuh Hai

    ReplyDelete